Hijrah.

Assalamualaikum

Alhamdulillah…
Sempena tahun baru…
In syaa Allah jom kita hijrah kepada kebaikan…

Ustaz Ubaidillah Al-Musawi kata…

Berhijrahlah sedikit demi sedikit…
Dan, cuba istiqomah…
Dan, bermohonlah kepada Allah, agar diberi kekuatan untuk istiqomah…

Dahulu tidak solat di masjid…
Sekarang, solatlah di masjid atau surau, walau hanya 1 waktu sehari…

Dahulu tidak membaca Al-Quran…
Sekarang, bacalah walau 1 ayat sehari…

Dahulu senyum di depan tabung…
Sekarang, dermalah walau hanya 10sen sehari…

Dahulu tidak tahu membaca tulisan jawi…
Sekarang, sudah tahu mengenali 1 huruf sehari…

Dahulu tidak membaca do’a dalam melakukan sesuatu perbuatan…
Sekarang, membaca Bismillah untuk permulaan harian…

Dalam kuliah Ustaz Mat Esa Deraman…
Nabi S.A.W. mengajar do’a yang ringkas…
Ia merangkumi, Dunia, Akhirat serta perlindungan dari Api Neraka…
(Ya Allah, Kurniakanlah kami kebaikan di Dunia dan kebajikan di Akhirat, dan jauhkanlah diri kami dari azab Neraka) terjemahan ayat…

Dahulu tidak memandang…
Sekarang, bersalam walau tidak kawan…

Dahulu tidak memberi salam…
Sekarang, memberi salam walau berjauhan…

Dahulu membiar…
Sekarang, menghargai…

Dahulu membenci kebaikan…
Sekarang, mengasihi kebaikan…

In syaa Allah, kita mampu hijrah…
Setiap di Dunia tidak pernah lepas dari ujian…
Tidak pernah lepas daripada Allah…
Kepada Allah tempat kita berserah…
Kepada Allah tempat kita bertenang…
πŸ’š

Advertisements

Menangis

Assalamualaikum.Kemaafan atas segala kekhilafan dan Terima kasih atas segalanya

Menangislah kerana air mata itu indah, sihat, dan simbol kejujuran. Menangis kerana Khalik adalah positif. Orang yang mudah berderai air matanya ketika mengingat dan merindukan Tuhannya, air mata itu akan melicinkannya menembusi syurga. Air mata yang tumpah kerana menangisi dosa masa masa lalu akan memadamkan api neraka. Hal ini sesuai dengan hadis Nabi Muhammad SAW:β€˜β€˜Ada mata yang diharamkan masuk neraka, yaitu mata yang tidak tidur semalaman dalam perjuangan fisabilillah dan mata yang menangis kerana takut kepada Allah SWT.’’ (HR. Muslim)

Seorang sufi pernah mengatakan, jika seseorang tidak pernah menangis, dikhuatiri hatinya gersang. Salah satu kebiasaan para sufi ialah menangis. Tuhan memuji orang menangis: β€˜β€˜Dan, mereka menyungkurkan wajah sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk…!!!’’ (QS Al-Isra’ [17]:109).

Nabi Muhammad SAW bersabda:β€˜β€˜Jika kalian hendak selamat, jagalah lidahmu dan tangisilah dosa-dosamu’’ (HR. Muslim)πŸ˜­πŸ’š

Isytihar

REPUBLIK CHECHNYA ISYTIHAR PERANG KE ATAS MYANMAR

Gabenor Chechnya, Ramzan Kadyrov telah berucap di perhimpunan besar ibu kota Grozny mengistiharkan perang ke atas Myanmar. Perhimpunan besar itu dihadiri ratusan ribu rakyat Chechnya yang membantah kekejaman tentera Myanmar terhadap rakyat Rohingya yang merupakan pembunuhan beramai-ramai umat Islam Myanmar.

Ramzan Kadyrov berjanji akan menghantar tenteranya untuk berperang menentang tentera Myanmar. Beliau juga menawarkan bekalan senjata api akan diberikan kepada sesiapa yang sanggup berjuang menentang tentera Myanmar.

Ramzan Kadyrov menggelar ‘Holocaust’ terhadap kerajaan Myanmar iaitu arahan atau pembunuhan beramai-ramai manusia yang tidak berdosa pada skala besar. Ini melanggar hak asasi manusia.

Jika wujud rusuhan kaum Rohingya yang membakar atau menyerang pos askar dan polis di Rakhine, tangkap atau tembak mereka yang bersalah sahaja. Bukan membunuh semua kaum Rohingya lain yang tidak bersalah.

Jurucakap Kremlin Russia, Dmitry Peskov menyatakan, Presiden Russia, Vladimir Putin menyambut baik rancangan Ramzan Kadyrov. Menurut Putin, beliau berharap semua pihak bersabar. Biar kes ini disiasat dahulu oleh PBB. Putin memberi amaran kepada kerajaan Myanmar agar membawanya pada keadaan yang terkawal. Jika PBB gagal menyelesaikan masalah ini, barulah campurtangan Russia dan Republik Chechnya dengan menghantar tentera menyerang Myanmar.

Ramzan Kadyrov, pemimpin Chechnya merupakan pemimpin Islam paling berpengaruh di Russia. Beliau mempunyai tentera darat yang sangat berani dan antara tentera darat terkuat di dunia. Kejayaan beliau adalah:

1. Berjaya dalam perang Chechnya 1990-1999.

2. Berjaya membantu tentera Russia dalam perang Syria menentang ISIS.

3. Memberi bantuan kemanusiaan kepada anak-anak Syria.

4. Memberi dana untuk membaiki masjid tertua Allepo akibat perang Syria dan lain-lain lagi.

Patutkah

Patutkah lagi kita nak bermain2 dan bersukan2 lawan bola dgn golongan yg berperangai zalim terhadap etnik Rohingya yg lemah itu…. sekali suruh solidariti… nak bantu dan pakat kutip derma lagi… tapi masih berseronok pula bersukan dgn bangsa pengganas ini….. macam talam dua muka lah pulak… di mana maruah kita sebenarnya…

Amat jauh bezanya dgn bangsa Chechen yg betul2 merdeka jiwa meteka dan iltizam mereka kpd ISLAM…TIDAK SANGGUP LIHAT SAUDARA MUSLIMNYA YG SEDANG DIZALIMI….

Peristiwa asal

*ASAL PERISTIWA YANG MENCETUSKAN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI ROHINGYA DI MYANMAR (BURMA):*

*Memerangi Islam*.

Oleh : *Dr. Umar Abdul Kaafiy*

_(Profesor Theologi Islam dan Pengurus Lembaga Pendidikan Al Qur’an International di Dubai)_

Mengetahui punca sebenarnya kes tragedi Myanmar / Burma dan ummat Islam yang ada di dalamnya.

*Ringkasan Kisah :*

Awalnya sebuah Negara merdeka namanya Arakan dengan penduduk Muslim sebanyak 3 juta orang.

Dimulai dari masa tersebarnya Islam di negara tetangga mereka, namanya negara Burma dengan majoriti penduduk yang beragama Buddha.

Pada tahun 1784 atau sebelum 230 tahun yang lalu, kaum Buddha sangat benci Kaum Muslimin di Arakan dan memerangi mereka serta mereka membunuh kaum Muslimin yang ada didalamnya dan mereka memperlakukan kaum muslimin seperti Boneka Mainan dan mereka. Kaum Buddha dengan jahat hendak merebut Arakan supaya menggabungkannya dengan Burma dan merubah namanya menjadi Myanmar.

Dan jadilah Arakan bahagian dari Myanmar, dan jadilah juga kaum Muslimin yang sebelumnya merdeka di Arakan, akhirnya menjadi kaum yang Minoriti (3 juta orang) sedangkan kaum Buddha jumlah mereka adalah 50 orang.

Pada asalnya, Kaum Muslimin menggabungkan desa-desa mereka yang terpisah dan hidup di dalamnya, mereka berniaga di dalamnya, dan di dalamnya ada organisasi-organisasi yang membiayai para da’i dan masjid-masjid mereka.

Kemudian terjadilah.
Mereka orang-orang Burma yang beragama Budha menyerang desa-desa kaum Muslimin untuk mengusir mereka dari rumah-rumah mereka.

Dan sebelum ini terjadilah penindasan yang sangat mengerikan. Sekelompok kaum Budha menyerang sebuah bas yang membawa 10 orang da’i dari para penghafal Al Qur’an yang mana mereka berkeliling ke desa-desa Muslim di Arakan mengajarkan mereka menghafal Al Quran dan mendakwahkan mereka kepada Allah SWT, menikahkan mereka, dan mengajarkan kepada mereka urusan-urusan agama Islam.

Yang sangat menyedihkan, kelompok ini (Budha) yang menyerang bas para Da’i. Mereka menangkap para Da’i dan mengeluarkan mereka dari bas, mereka memukul para Da’i dengan pukulan yang mengerikan kemudian menjadikan mereka (para da’i) permainan dengan melukai tubuh-tubuh mereka dengan berbagai jenis senjata tajam.

Kemudian mereka (kaum Budha itu) mengikat lidah-lidah para da’i dengan satu ikatan dan memotong lidah mereka sampai terpisah dari leher mereka tanpa ampun dan tanpa belas kasihan.

Semua itu hanya kerana untuk menyiksa mereka kerana mereka selalu menyeru kepada Robb- nya dan mengajarkan manusia agama Islam dan AlQuran.

Kemudian… mereka (Budha) memotong-motong tubuh para da’i dengan senjata tajam mereka, memotong tangan-tangan dan kaki-kaki para da’i sehingga akhirnya mereka gugur syahid satu persatu.

Sehingga kaum Muslimin melakukan pembelaan terhadap para da’i, Imam Masjid, dan para Khotib mereka.

Kaum Budha menyambut pembelaan mereka (mengisyiharkan perang) dan mulailah mereka (Budha) melakukan pembakaran kampung-kampung, membakar rumah (kaum muslimin) satu demi satu sampai rumah yang dibakar berjumlah 2,600 buah rumah.

Kemudian pembunuhan di kampung-kampung dan ramai dalam usaha melarikan diri serta meninggalkan kampung masing-masing melalui jalan darat dan laut, dijangkakan berjumlah lebih 90,000 orang Rohingya yang terlibat dalam penindasan ini di ketika itu.

Sehingga ke hari ini, pembunuhan terhadap kaum Muslimin masih saja terus berlangsung tidak berhenti-henti.

Anak-anak perempuan dan Isteri-isteri mereka diperkosa sampai mati di hadapan orang tua dan di depan mata keluarga mereka, dan mereka di bawah ancaman hunusan senjata tajam.

*Kemudian, kemana hilangnya rasa marah kita..?!*

*Setiap kita hanya bertanya kepada diri sendiri apa yang harus aku lakukan untuk mereka..?!*

Kewajibanmu atas penderitaan mereka sekarang ada dua perkara:

*Pertama, Berdoalah untuk mereka..!*

*Kedua, sebarkanlah berita tentang tragedi mereka sehingga manusia mengetahuinya!*

*dan penyebaran ini adalah selemah-lemahnya iman !*

Jika anda selesai membaca tulisan ini… lakukan perbuatan nyata apa saja yang dapat anda lakukan dengan hati nurani anda… ini pun apabila anda masih memiliki hati nurani yang hidup..!!

Hasbunallahu wa ni’mal wakiil …

Sebarkanlah agar seluruh kaum Muslimin di seluruh dunia dapat mengetahui asal tragedi ini..